19 October 2009

Part 3...

Kursus asas 6jam sudah habis. Minggu depan mula belajar kete 10jam. Bowink + tension + happy + tak sabar = dapat lesen.

ceritera nornim : Kesabaran yg sgt tggi perlu ada dlm diri buat masa sekarang.

12 October 2009

Part 2...

Seperti yg telah diberitahu, aku dalam proses mendapatkan lesen kereta. Setakat ini, aku dah menghadiri kursus kpp selama 5jam dan ujian komputer. Kursus kpp bestla gak, takdela boring sgt. Ujian komputer plak okla,tak susah sgt soalan die. Setelah penat "study" utk ujian komputer, akhirnya aku lulus ujian itu. Nasib baik tak gagal, kalau gagal kena "repeat" balik. Huhuhu. Ok, sekarang tengah "ready" utk proses mendapatkan lesen yg seterusnya. Tak sabarnya.

ceritera nornim: sabar k.

05 October 2009

Mula Belajar (Part 1)

Esok 06.10.09 selasa, anim dah mula belajar memandu di Institut Memandu SKEM, Gombak. Rase takut, gembira, macam2 lagi. Sekarang kena siapkan diri dr segi mental dan fizikal. Target nak lulus dan dpt lesen cpt2. Nanti dpt kereta plak. Huhu...

ceritera nornim: kereta oh kereta...

04 October 2009

Menghilang Sekejap...

Lamanya tak update blog ni. Maklumla dah habis praktikal, kat rumah jarang on laptop. Sekarang bulan Syawal yg mulia, tuan punya blog ni nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN. Anim nak minta maaf kat sesiapa shj yg mengenali diri ini. Kita insan biasa yg tak lari dr membuat kesalahan.

bulan ramadhan bulan yang mulia,
disambut dengan hati yang gembira,
kini syawal sudah menjelma,
tangan dihulur maaf dipinta.

ceritera nornim: selamat hari raya!