14 May 2010

Ceritera tentang semester satu

Banyak sangat cerita & pelbagai benda yang jadi kat aku sepanjang semester satu aku di Puncak Perdana ini.
Terlalu banyak sampai takleh terucap oleh kata2.
Semua benda yang jadi membuatkan aku sedar, bahawa semua orang yang hadir disekelilingku amat penting di dalam hidupku.
Kadang2 mereka menguatkan aku, tapi kadang2 mereka melemahkan aku, sekaligus membuatkan aku jatuh terduduk tanpa boleh bangun semula.
Pada saat itu, aku betul2 berada di bawah + kesunyian + keseorangan di puncak.
Namun, aku kuatkan semangat dan sekarang aku mampu mengharungi pahit manis sepanjang semester satu yang lalu.
Pengalaman itu semua membuatkan aku kuat dan menjadi pendorong untuk aku terus menyambung pengajian aku di sini.
Tanpa itu semua, aku yakin aku tidak mampu berdiri dengan kakiku sendiri dan pasti aku akan keseorangan di puncak.
Terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan kepada semua yang terlibat dan yang telah menolong aku hingga ke tahap ini.

ceritera nornim: terima kasih semuanya.

No comments:

Post a Comment