05 January 2012

COLIN MORGAN versi NOR HANIM

Sesiapa yang tengok "The Adventure of Merlin", mesti kenal COLIN MORGAN. Sesiapa yang tak tengok, silalah tengok, yang pasti anda tidak akan menyesal.

Sejak saya dah jatuh cinta dengan "The Adventure of Merlin" daripada season 1 sampai season 4, akhirnya "COLIN MORGAN" juga yang saya suka. Nak tahu sebabnya? Banyak sebabnya. Jengjengjeng...

  • Memang sudah tersurat dan tersirat bahawa takdir MERLIN adalah menjaga ARTHUR. - Susah nak mencari orang yang betul-betul boleh menjaga kita, selain ibu bapa kita.
  • MERLIN sanggup berkorban apa sahaja, yang paling penting berkorban nyawa, demi ARTHUR. - Tiada insan lain yang sanggup berkorban nyawa untuk kita, selain ibu bapa kita.
  • MERLIN seorang yang pandai menyimpan rahsia ARTHUR. - Rahsia seseorang hanya dapat dikunci oleh orang yang betul-betul amanah iaitu ibu bapa kita.
  • MERLIN menganggap ARTHUR sebagai kawan baiknya, walaupun kadang-kadang ARTHUR menafikannya. - Susah nak mencari seseorang insan yang akan bergelar sebagai kawan baik dalam hidup kita selamanya, selain ibu bapa kita.
  • MERLIN sentiasa ada apabila ARTHUR dalam kesusahan, kesedihan atau keadaan sekeliling yang memerlukan MERLIN sebagai pelindung ARTHUR. - Insan yang selalu berada di samping kita apabila kita dalam kesusahan adalah ibu bapa kita.
  • MERLIN sentiasa nak ARTHUR bahagia dan gembira selamanya. - Insan yang betul-betul ingin lihat kita bahagia dan gembira selamanya adalah ibu bapa kita.
  • MERLIN selalu sayang dan ambil berat tentang diri ARTHUR kerana MERLIN menganggap ARTHUR sebagai kawan baiknya, bukan menganggap sebagai KING OF CAMELOT. - Sayangilah seseorang bukan kerana pangkat ataupun darjat, tetapi sayangilah seseorang kerana dia adalah kawan baik kita macam ibu bapa kita yang menyayangi kita macam anaknya sendiri.
Ini antara sebab-musababnya. Anda ada ciri-ciri ini dalam diri anda??? Fikir-fikirkan.

ceritera nornim: I'm still searching a person like COLIN MORGAN in my life and I hope one fine day, I will find COLIN MORGAN in my own way.

2 comments:

  1. i think u suppose to find someone like MERLIN not COLIN MORGAN.ahaks~~

    ReplyDelete
  2. kakak ni mesti tak paham konsep ni...
    mksd adk anim, kes ni merujuk kpd MERLIN la, adk anim gne nama COLIN MORGAN sbb nama COLIN MORGAN org tak knl sgt, klo adk anim gne nama MERLIN, rmi owg knl, so agk tidak best+tidak surprise... or in easy word, low profile is better than high profile.... :-)

    ReplyDelete